E-Jurnal Borneo Akademika









ISSN PRINT: 2462-1641
ISSN ONLINE: 2735-2250
Issue : Oct 2020 - FRD
Issue : Sep 2020 - SIVIIC
Issue : Jul 2020
Issue : Mar 2020
Issue : Dec 2019/Jan 2020
Issue : Jul 2019
Issue : Jan 2017
Issue : Jul 2016
Issue : Jan 2016
Jurnal Borneo Akademika (BA) is published by Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah. It is a double-blind peer-reviewed journal published two times a year. This multidisciplinary journal is intended to provide a forum for the exchange of ideas on theory, research and research-supported practices. BA welcomes submission of research-oriented manuscripts that make significant contributions to advancing knowledge and understanding of various disciplines of interest from education, applied linguistics, social sciences, literature, tourism, accounting, communication, anthropology, policy studies to sciences. BA accepts manuscripts written in Bahasa Melayu and English.
1. MOTIF KESUKARELAWAN REMAJA MUSLIMAH DI TERENGGANU WAN ASRI WAN AZIZ, CHE ZUINA ISMAIL, MOHD FAIZUL IDHAM ZULKIFLI, AZMAN CHE MAT
ABSTRACT

Keyword(s) :
ABSTRAK
Motivasi dan penglibatan golongan wanita dalam aktiviti kesukarelawan telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk adalah mengenal pasti faktor motivasi utama yang mempengaruhi penglibatan sukarelawan remaja muslimah Terengganu. Seramai 67 responden daripada 240 dalam kalangan siswi Kor Sispa UiTM dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan dan tahap kepuasan dalam aktiviti sukarelawan. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif nilai, diikuti oleh motif pemahaman dan motif kerjaya. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap kepuasan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana tinggi. Keputusan analisis regresi menunjukkan antara faktor motivasi yang menyumbang atau signifikan kepada tahap kepuasan sukarelawan ialah motif sosial, motif nilai dan motif peningkatan yang mana nilai Beta (ß) masing-masing ialah 0.40, 0.33 dan 0.30. dengan nilai p<0.05. Motif- motif ini menyumbang 67% kepada tahap kepuasan sukarelawan. Kesimpulannya, faktor motivasi sukarelawan iaitu motif sosial, motif nilai dan motif peningkatan untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan siswa Kor Sispa UiTM. Justeru, untuk meningkatkan tahap kepuasan remaja muslimah dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan UiTM.
Kata Kunci : Kesukarelawan, Aktiviti Sukarela, Motivasi, Remaja Muslimah, Kor Sispa
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
2. GERMINATION OF Canarium odontophyllum SEEDS AS AFFECTED BY DESICCATION AZIELA MASARIP, FUI YING TSAN, DARIUS EL-PEBRIAN
ABSTRACT
Canarium odontophyllum is a rare tropical fruit that is primarily propagated by seeds. However, there is little information regarding its seed handling and germination. As low seed moisture content (MC), generally that below 10%, is the key determinant to successful seed storage while avoiding microbial damage, the objective of this study was, hence, set to investigate C. odontophyllum’s seed germination as affected by desiccation using drying beads (DBs) at room temperature or convection oven at 40?C to varying seed MCs, from its initial MC of above 20% down to that below 10%. It was found that the seeds tolerated fast dehydration within 24h at room temperature using DBs. They retained 90% germination despite seed MC was reduced to below 10%. Desiccation tolerance with DBs was, however, found only with seeds extracted from fresh fruits. As the fruits started rotting with wrinkled appearance and fungi on the pericarp from four days after harvest onwards, the seeds extracted from them died at MC of below 15%. A slower seed drying method using convection oven at higher temperature of 40?C, on the other hand, took 72h to bring the seed MC down to <10%, as compared to only 24h when DBs were used for the same purpose. However, this 40?C oven desiccation down to the same low MC of <10% was lethal. Storage of the seeds of this rare fruit species for future planting is, hence, presumed to be impossible, and seeds are best sown fresh.
Keyword(s) : rare fruit; drying bead; convection oven
ABSTRAK
Canarium odontophyllum adalah sejenis buah nadir tropikal yang ditanam dengan biji benih. Namun demikian, hanya terdapat sedikit maklumat mengenai pengendalian dan percambahan biji benihnya. Memandangkan kandungan kelembapan (MC) yang rendah, biasanya yang ke bawah 10%, adalah penentu utama untuk kejayaan penyimpanan biji benih dan, pada masa yang sama, mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh mikroorganisma, objektif kajian ini pun digariskan untuk menentukan percambahan biji benih C. odontophyllum setelah dikeringkan ke MC yang berbeza, daripada MC asalnya yang melebihi 20% ke yang bawah 10%, dengan menggunakan manik pengeringan (DBs) pada suhu bilik atau dengan ketuhar pada 40?C. Kajian ini mendapati bahawa biji benih dapat bertoleransi dengan pengeringan cepat dalam masa 24 jam pada suhu bilik dengan menggunakan DBs. Biji benih masih memperolehi 90% percambahan walaupun MC biji benih telah dikurangkan ke bawah 10%. Akan tetapi, toleransi terhadap pengeringan dengan menggunakan DBs hanya diperolehi oleh biji benih yang diperolehi daripada buah segar. Apabila buah telah mula mereput dengan kekedutan dan kulat yang kelihatan pada perikarp pada dan selepas empat hari daripada buah dituai, biji benih yang diperolehi daripadanya mati pada MC ke bawah 15%. Dalam pada itu, kaedah pengeringan biji benih yang perlahan dengan menggunakan ketuhar pada suhu yang lebih tinggi pada 40 ? C mengambil masa 72 jam untuk mengurangkan MC biji benih ke bawah <10%, berbanding dengan hanya 24 jam bila DBs digunakan untuk tujuan yang sama. Namun demikian, pengeringan dalam ketuhar pada 40 ?C ke MC yang rendah yang <10% ini membawa kematian. Oleh itu, penyimpanan biji benih buah nadir ini untuk penanaman kemudian hari didapati adalah mustahil dan biji benih sebaiknya disemai setelah dikeluarkan daripada buah yang segar.
Kata Kunci : buah nadir; manik pengeringan; ketuhar
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
ABSTRACT
Recently, there are various environmental issues in Malaysia that attract interests to many parties. These issues involved various aspects of environmental including pollution, exploitation of natural resources and attitude of the people themselves. To sum it up, these issues stem from the human behaviour itself. With the development of advanced technology, there are many requests to use these natural resources to produce various equipments and things. Exploitation of greedy people also has worsen this environmental issues. As a result, there are many consequences and effects whether in land, water and air. Accordingly, this problem also causes many problems such as natural disasters, damage the earth's ecosystem and human health. From the perspective of Islam which Qur'an as an absolute reference, the guidance is able to avoid the destruction of this environment if everybody knows their responsibility and trust as caliph on this earth. The main objective of this article to analyze the experts views and compare its to M. Quraish Shihab in Tafsir al-Misbah. Based on the content analysis methodology and the unstructured interview, the findings show that the experts views are in line with the tafsir al-Misbah.
Keyword(s) :
ABSTRAK
Kewujudan pelbagai isu alam sekitar di Malaysia sejak kebelakangan ini telah menarik minat pelbagai pihak. Isu-isu ini melibatkan pelbagai sudut dan aspek dalam lingkungan alam sekitar termasuklah dari segi pencemaran, pengeksploitasian sumber alam sehinggalah kepada sikap masyarakat sendiri. Jika direnungi sedalam-dalamnya, isu-isu ini berpunca daripada perlakuan manusia itu sendiri terhadap alam sekeliling. Tambahan pula pada zaman teknologi ini, terdapat permintaan yang semakin tinggi terhadap sumber-sumber alam untuk digunakan dalam pelbagai perkara dan benda. Ini secara tidak langsung membawa masalah tekanan terhadap keupayaan bumi untuk membekalkan sumber-sumber kepada permintaan-permintaan ini. Itu belum lagi termasuk dengan pengekploitasian manusia secara tamak dan rakus terhadap sumber bahan-bahan mentah bumi. Kesannya, maka wujudlah pelbagai isu yang berkaitan dengan alam sekitar samada di tanah, air dan udara. Kesan daripadanya juga melahirkan pelbagai masalah seperti bencana alam, kerosakan ekosistem bumi malahan memberi mudarat kepada kesihatan manusia itu sendiri. Dari perspektif Islam dengan menjadikan al-Quran sebagai rujukan, ia mampu menjadi alternatif dalam mengelak daripada berlakunya kemusnahan alam sekitar ini jika seseorang itu tahu amanah atau tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ini. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar berkaitan serta membandingkannya dengan M. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Misbah. Berdasarkan kaedah analisis kandungan dan temu bual tidak berstruktur, artikel ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dapatan perbincangan menunjukkan pandangan-pandangan dikemukakan oleh pakar-pakar tersebut adalah selari pentafsiran ayat al-Quran dalam tafsir al-Misbah.
Kata Kunci : Pandangan Pakar, Perbandingan, Tafsir al-Misbah
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
4. KAEDAH MENJAYAKAN PELAKSANAAN DINAR EMAS SEBAGAI INSTRUMEN WAKAF CHE KHADIJAH HAMID & SURITA HARTINI MAT HASSAN
ABSTRACT
Gold Dinars has gained a great interest from the public in 1998 – 2002 and it continued a few years after. The hype slowly fades as the time passes by. This research study is seen as the right medium for the researchers to spark the interest again; searching for new approaches towards its planning, strategies, and also implementation. The main focus is mainly on the cash waqf practice in which this paper aims to ratify the accountability of gold dinars as one of the medium for waqf practice. So, the researchers have outlined two objectives; to identify reliable methods for gold dinars as waqf practice and to formulate sustainability of gold dinars as waqf practice. This research study adopts qualitative methods whereas the data collection will be collected based on interviews from selected experts in waqf practice. Then, data collected were analysed using content analysis. As a result, this paper proposes four methods; First, Urgency and Influential Methods on Government. Secondly, Collaboration of R & D Research Group and The Parliament. Thirdly, Waqf Practice Objectives and Options. Fourthly, Collaboration of Professional and Religious Fields. Stabilising Funds Methods and Recommendation has also been identified as one of the approaches which should be practiced by Waqf Institution. Significantly, these proposed approaches serve as a unique idea for the Waqf institution to preserve the perpetuity of the Waqf property and also the practice.
Keyword(s) : Upgrading Gold Dinars, Gold Dinars, Waqf, Waqf Instruments
ABSTRAK
Keghairahan memartabatkan dinar emas di mata masyarakat pernah meletus sekitar 1998-2002 dan beberapa tahun selepasnya. Namun, kini semangat itu kelihatan kian pudar terhadap isu memartabatkan dinar emas tersebut. Maka dengan sebab itu, kajian ini melihat bahawa fenomena sebegitu rupa sepatutnya masih segar dibincangkan agar segala perancangan, strategi, cadangan pelaksanaan hasil cetusan-cetusan idea golongan ilmuan khususnya di Malaysia terus diterokai tanpa rasa jemu. Dalam skop yang lebih berfokus kepada amalan wakaf tunai, kajian ini bermatlamat untuk mencadangkan agar penggunaan dinar emas sebagai instrumen wakaf diberi suntikan baharu sebagai salah satu medium berwakaf. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat ingin mencapai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah-kaedah yang bertepatan untuk memastikan matlamat menjadikan dinar emas sebagai tercapai. Kedua, merumus kaedah memastikan kekekalan nilai ain agar lebih terjamin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala, pengutipan data didapati hasil temu bual pakar yang dipilih. Seterusnya, data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini mencadangkan empat kaedah. Pertama, Kaedah Mendesak dan Mempengaruhi Pihak Kerajaan. Kedua, Kaedah Kerjasama R & D Group Research dengan Pihak Parlimen. Ketiga, Kaedah Matlamat dan Pilihan Sistem Wakaf. Keempat, Kaedah Gabungan Bidang Profesional dan Bidang Agama. Kemudian, satu kaedah yang telah dikenal pasti agar turut diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas institusi wakaf iaitu Kaedah dan Cadangan Menstabilkan Dana Terkumpul. Kesannya, kaedah-kaedah yang dicadangkan memberi satu suntikan idea yang unik kepada institusi wakaf terhadap kekekalan harta wakaf bagi memastikan amalan tersebut lebih terpelihara.
Kata Kunci : Memartabatkan Dinar Emas, Dinar Emas, Wakaf, Instrumen Wakaf
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
5. Pricing Warrant by Using Binomial Model: Comparison between Historical and Implied Volatility Khairu Azlan Abd Aziz , Mohd Fazril Izhar Mohd Idris, Wan Suhana Wan Daud and Muhammad Nasruddeen Bin Mazlan
ABSTRACT
A warrant is a security that allows the holder to buy and sell the underlying share at a fixed price until expiry date. Warrant price will always fluctuates since the underlying share also fluctuates. Hence, determining the warrant price is the main problem among the investors in Malaysia. This research is focusing on pricing the warrant for five companies that were listed in Bursa Malaysia. The companies were chosen randomly from UiTM DataStream. The selected companies were Boon Koon Sdn Bhd, Hovid Bhd, Kelington Bhd, ML Global Bhd and Tropicana Corporation Bhd. The data contained underlying share, interest rate, exercise price and actual warrant price. This research aims to define the price of warrant by using Binomial model. Historical volatility and implied volatility were used in this research whereby volatility is the movement of the underlying share price. This research aims at comparing the actual warrant price with the calculated warrant price. The data were computed manually by using Microsoft Excel and the comparison was made between the two type of volatilities to give the nearest value of calculated warrant price to the actual warrant price. The nearest value was assumed the best value for this research. The result was made by analyzing the line graphs and comparing between historical volatility and implied volatility with actual warrant price. Mean Square Error was used to support the results that were obtained from the line graphs. In the end, implied volatility yielded better results compared to historical volatility.
Keyword(s) : Warrant, Volatility, Binomial Model, Moneyness.
ABSTRAK

Kata Kunci :
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)