E-Jurnal Borneo Akademika









ISSN PRINT: 2462-1641
ISSN ONLINE: 2735-2250
Issue : Oct 2020 - FRD
Issue : Sep 2020 - SIVIIC
Issue : Jul 2020
Issue : Mar 2020
Issue : Dec 2019/Jan 2020
Issue : Jul 2019
Issue : Jan 2017
Issue : Jul 2016
Issue : Jan 2016
Jurnal Borneo Akademika (BA) is published by Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah. It is a double-blind peer-reviewed journal published two times a year. This multidisciplinary journal is intended to provide a forum for the exchange of ideas on theory, research and research-supported practices. BA welcomes submission of research-oriented manuscripts that make significant contributions to advancing knowledge and understanding of various disciplines of interest from education, applied linguistics, social sciences, literature, tourism, accounting, communication, anthropology, policy studies to sciences. BA accepts manuscripts written in Bahasa Melayu and English.
ABSTRACT
Heterotrigona itama is a Malaysian stingless bee species that actively reared for meliponiculture. This stingless bee is cultivated in a commercial scale for its honey production, propolis and among the greatest commercial potential as crop pollinators. However, this species has been potentially exposed to agronomic practices, among which the use of synthetic insecticides against pests.The indirect toxicity effect of the post-insecticide had affected the mortalities of H. itama especially, to the foragers. Due to that, a study has been conducted to determine the lethal concentration of 50% (LC50) and 95% (LC95) of the selected insecticides against stingless bee forager workers through residual exposure. The bioassay test was conducted to the local stingless bee H. itama at Agricultural Research Station, Tenom. Four commonly used insecticides in crop protection; Deltamethrin, Chlorpyrifos, Cypermethrin and Malathion were tested at five concentrations that diluted with 500 ml of distilled water in three replications for each insecticide. Lethal concentrations (LC50 and LC95) were obtained from probit analysis after 1-hour dry residues exposure and 24-hour mortality observation. The result shows that; all four tested insecticides were harmful to H. itama through dry residue. Deltamethrin shows the higher value of LC50 (1.256 ml) and LC95 (3.582ml) that make it less toxic to the H. itama than cypermethrin, malathion, and chlorpyrifos, however, as the concentration gets higher itbecomesmoretoxic.
Keyword(s) : Heterotrigona itama, Insecticides, Dry residues, Lethal concentration, Toxicity
ABSTRAK
Heterotrigona itama merupakan spesis lebah kelulut yang aktif diternak (meliponikultur) di Malaysia. Kelulut ini diternak secara komersil untuk madu, propolis, dan merupakan calon terbaik ejen pendebungaan tanaman. Namun, spesis ini berpotensi besar terdedah dengan penggunaan racun serangga kimia yang disembur pada permukaan tanaman. Kesan sisa toksik selepas pengunaan racun serangga telah memberi kesan terhadap mortaliti H.itama khususnya kepada pekerja lebah kelulut. Oleh itu, kajian bioassay telah dilakukan untuk mengenal pasti sisa kering 50% kepekatan kematian (LC50) dan 95% kepekatan kematian (LC95) racun serangga terhadap pekerja lebah kelulut di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom. Empat racun serangga yang sering digunakan: Deltamethrin, Chlorpyrifos, Cypermethrindan Malathion, diuji pada lima kepekatan yang berbeza yang dilarutkan bersama dengan 500ml air suling serta direplikasi sebanyak tiga kali bagi setiap jenis racun. Kepekatan (LC50) dan (LC95) dianalisa mengunakan analisa probit selepas satu jam pendedahan sisa racun serangga terhadap lebah kelulut dan 24 jam pemerhatian mortaliti. Hasil dapatan menunjukan, kesemua racun serangga yang dipilih adalah berbahaya kepada lebah kelulut melalui pendedahan sisa toksik kering. Deltametrin menunjukkan nilai LC50 (1.256 ml) dan LC95 (3.582 ml) yang tinggi, menjadikan racun serangga tersebut kurang berbahaya berbanding racun serangga yang lain. Walaubagai manapun, semakin tinggi konsentrasi racun maka semakin tinggi kadar toksik dan kematian terhadap pekerja H.itama. Kata kunci: Heterotrigona itama, racun serangga, sisa toksik, kepekatan maut, Toksik dan kematian terhadap pekerja H.itama.
Kata Kunci : Heterotrigona itama, racun serangga, sisa toksik, kepekatan maut, Toksik
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
2. SISTEM KEHAKIMAN ANAK NEGERI SABAH DALAM KONTEKS PELAKSANAAN HUKUMAN DAN DENDA ADAT RAFIDAH@MALISSA BINTI SALLEH, LENNY JAMES MATAH & KU MOHD AMIR AIZAT KU YUSOF
ABSTRACT
Sabah is known for its multi-ethnic population. One of the uniqueness of the state is the existence of Native court system in its legal system. The Native Court is responsible to try cases relating to native customs of the Sabah's indigenous people irrespective of their religion. Thus, in Sabah, there are three different judicial systems exist, namely the civil court system, the Syariah court system and the Native Court system. The objective of this paper is to look at the Native Court system, and to discuss the importance of this traditional judicial system to the indigenous communities. Also, the paper will examine the legal sources and the types of customary penalties imposed by the Native Court of Sabah, in particular the customary penalty, which is known as sogit. Sogit is a customary penalty involving a ceremony sacrificing animals, such as buffalo, chicken or pig, followed by a ritual to calm the spirits. In term of jurisdiction, the Native court has jurisdiction to pass customary penalties such as sogit in the event of any breach of the native customary lawsbasedontheNativeCourtsEnactment1992.While the natives of Sabah live in a modern era, the fact is that they are still bound by customs and the native customary penalties.
Keyword(s) : Native Courts system; Native Court; customary penalty; sogit
ABSTRAK
Negeri Sabah terdiri dalam kalangan penduduk berbilang suku kaum dan hidup dalam keadaan aman sentosa. Bertunjangkan kepelbagaian ritual etnik, maka wujudnya sistem kehakiman anak negeri yang bertanggungjawab mendengar dan menyelesaikan kes-kes berkaitan adat resam penduduk asli Sabah atau lebih dikenali sebagai peribumi tanpa mengira anutan agama. Secara dasarnya terdapat tiga sistem kehakiman yang berbeza di Sabah iaitu sistem kehakiman sivil, sistem kehakiman Syariah dan sistem kehakiman Anak Negeri Sabah. Objektif kertas konsep ini disediakan adalah untuk meninjau latar belakang sistem kehakiman Anak Negeri Sabah, menghuraikan kepentingan sistem kehakiman tradisional kepada masyarakat peribumi Sabah, mengenal pasti sumber undang-undang dan jenis-jenis hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah (MAN) khususnya hukuman denda sogit serta membincangkan hubung kait di antara denda sogit dan masyarakat peribumi Sabah. Sogit merupakan denda adat yang melibatkan upacara mengorbankanhaiwan ternakan seperti kerbau, ayam atau khinzir di samping upacara ritual bagi menenangkan semangat makhluk ghaib dan roh-roh. MAN mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman sogit seandainya berlaku perlanggaran terhadap mana-mana adat masyarakat peribumi Sabah melalui peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992. Walau Sabah berdepan dengan arus pemodenan, namun masyarakat peribuminya masih mempertahankan tradisi adat resam, amalan pantang-larang dan juga hukuman sogit. Tuntasnya, kewujudan sistem kehakiman yang berteraskan amalan tradisi ini dilihat mampu memelihara kesantunan budi dan keluhuran adat dalam kalangan peribumi khususnya dan masyarakat setempat am nya.
Kata Kunci : Sistem Kehakiman Anak Negeri Sabah; Mahkamah Anak Negeri; denda adat; sogit
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
3. SLEEP BELIEF FACTORS AMONG DIPLOMA STUDENTS IN UITM SABAH NOWYANNIE WILLIE D. TAMSIN; NORAH TUAH; MAZALAN SARAHINTU & HERNIZA ROXANNE MARCUS
ABSTRACT
University students are known to have different sleeping schedules. Students’ sleep difficulties will affect their health and their performances in studies. Sleep hygiene is a collection of healthy sleep habits that can improve one’s ability to fall asleep and stay asleep. It is considered to be imperative to treat sleep disturbance especially among university students. The aim of this study is to examine the sleep beliefs among the students of UiTM Sabah based on gender and academic performance. This study was conducted on Diploma students between March and July 2018. The respondents were randomly selected from Diploma students of all faculties in UiTM Sabah: Accounting, Business Management, Public Administration, Science, Planting Industry Management, Hotel Management, and Tourism Management. This paper is based on the Sleep Belief Scale questionnaire to assess the sleep hygiene awareness. Questionnaires were distributed using online survey. Findings of this study were analyzed using SPSS statistical software. The result of findings showed that the Sleep Incompatible Behaviours (drinking coffee, taking sleep medication, smoking before sleep) is the highest contributor of the students’ sleep hygiene and therefore it affects the sleep quality. While the Sleep Wake Cycle Behaviours(going to bed & waking up always at the same hour, going to bed two hours earlier than the habitual hour) and Thoughts and Attitude to Sleep (over thinking before sleep, trying to fall asleep without having a sleep sensation)also contributed to the sleep hygiene of the students but not as high as the Sleep Incompatible Behaviours. Based on the results of the findings, the counseling department of UiTM Sabah may organise an education program to create awareness among students about the intervention and prevention strategies as well as the incorrect beliefs about sleep.
Keyword(s) : sleep quality; gender; academic performance
ABSTRAK
Para pelajar universiti biasanya mempunyai jadual tidur yang berbeza. Masalah susah untuk tidur akan mengganggu kesihatan dan juga prestasi dalam pelajaran mereka. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui pola tidur para pelajar di UiTM Sabah berdasarkan jantina dan prestasi akademik mereka. Kajian ini dibuat untuk pelajar Diploma semester Mac sehingga Julai 2018. Responden dipilih secara rawak dari kalangan pelajar Diploma semua fakulti di UiTM Sabah: Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Pentadbiran Awam, Sains, Pengurusan Industri Ladang, Pengurusan Hotel dan Pengurusan Pelancongan. Kajian ini dibuat berdasarkan kajiselidik Skala Pola Tidur untuk menilai kesedaran tentang tidur yang sihat. Soal selidik telah diagihkan melalui soalan dalam talian. Analisis kajian ini dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, keputusan menunjukkan Kelakuan Tidur yang Tidak Sesuai (meminum kopi, mengambil ubat tidur, merokok sebelum tidur) adalah faktor penyumbang tertinggi kepada pola tidur dan seterusnya ia memberi kesan kepada kualiti tidur.Sementara itu Kelakuan Kitaran Tidur Bangun (tidur dan bangun pada waktu yang tetap, tidur dua jam sebelum jam biasa) dan Pemikiran dan Sikap Tidur (terlebih fikir sebelum tidur, cuba untuk tidur tanpa ada sensasi tidur) juga adalah penyumbang kepada pola tidur para pelajar tetapi tidak setinggi Kelakuan Tidur yang Tidak Sesuai. Berdasarkan keputusan ini, bahagian kaunseling UiTM Sabah boleh menganjurkan program kesedaran tentang strategi tidur yang berkualiti dan juga kesedaran tentang kepercayaan yang salah tentang tidur.
Kata Kunci : kualiti tidur; jantina; pencapaian akademik
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
ABSTRACT
Humans are created in the best of nature, and to distinguish humans from other beings are minds. In terms of science, the human body consists of cells; the cells are composed of molecules and the molecules are made up of atoms and eventually the atom is composed of sub-atoms (energy). When viewed from the atomic level, humans are the same as other creatures, the difference is only at the rate of atomic vibrations. Everything in the world has a vibration that will balance the amount of energy in the universe. This concept paper basically explains the existence of energy for body or object in quantum physics, and to look into the concept of power of thinking in energy balance.Data or information in the concept paper uses secondary data from related journals, books and websites. With this concept paper, it helps in understanding the impact of human thought in our daily lives.
Keyword(s) : Quantum physics; energy; thinking
ABSTRAK
Manusia diciptakan dengan akal fikiran yang melayakkannya diangkat sebagai sebaik-baik kejadian sekali gus membezakannya daripada makhluk ciptaan yang lain. Dari sudut pandang ilmuan sains, badan manusia adalah terdiri daripada himpunan sel-sel yang terhasil daripada molekul-molekul manakala molekul-molekul itu pula mengandungi atom dan akhirnya atom diwakili oleh sub-atom (tenaga). Apabila dilihat pada peringkat atom, manusia sebenarnya sama sahaja sepertimana makhluk yang lain cuma perbezaannya adalah pada kadar getaran atom. Pada dasarnya, semua bendadi dunia inimempunyai getaran tenaga yang akan sentiasa menyeimbangkan jumlah tenaga di alam semesta. Justeru, kertas konsep ini melihat secara asas akan kewujudan tenaga bagi setiap jasad atau objek yang terangkum di dalam fizik kuantumdan merungkai konsep kuasaberfikirsebagai puncakeseimbangan tenaga. Dataatau maklumat dalam kertas konsep ini menggunakan data sekunder yang merujuk kepada artikel-artikel yang diperolehi melalui jurnal, buku ilmiah dan laman sesawang berkaitan. Dengan adanya kertas konsep ini, ia dapat membantu berhubung pemahaman kesan pemikiran manusia dalam kehidupan seharian.
Kata Kunci : Fizik kuantum; tenaga; fikiran
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)