E-Jurnal Borneo Akademika









ISSN PRINT: 2462-1641
ISSN ONLINE: 2735-2250
Issue : Oct 2020 - FRD
Issue : Sep 2020 - SIVIIC
Issue : Jul 2020
Issue : Mar 2020
Issue : Dec 2019/Jan 2020
Issue : Jul 2019
Issue : Jan 2017
Issue : Jul 2016
Issue : Jan 2016
Jurnal Borneo Akademika (BA) is published by Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah. It is a double-blind peer-reviewed journal published two times a year. This multidisciplinary journal is intended to provide a forum for the exchange of ideas on theory, research and research-supported practices. BA welcomes submission of research-oriented manuscripts that make significant contributions to advancing knowledge and understanding of various disciplines of interest from education, applied linguistics, social sciences, literature, tourism, accounting, communication, anthropology, policy studies to sciences. BA accepts manuscripts written in Bahasa Melayu and English.
ABSTRACT
Understanding academic dishonesty nowadays is important as the trend shows that academic cheating is recurring and somehow has become an accepted practice among students. Previous studies suggested that individual characteristics would be able to curb this problem. The same goes to academic integrity policies such as enforcement of stringent academic regulation on cheating practices would help to mitigate this problem. However, some studies revealed that individual characteristics and academic integrity policies would not be able to reduce cheating behaviour. Due to this inconsistency, the current study aims to investigate the effect of individual characteristics and academic integrity policies on cheating behaviour among students. A survey was utilized for the collection of data in which undergraduates students in a Malaysian university were used as sample. Self-esteem and mastery level of an individual were used as proxy for individual characteristic. The findings from this study showed that individual characteristics and academic integrity policies have significant effect in mitigating academic dishonesty.
Keyword(s) : academic dishonesty; cheating behaviour; academic environment
ABSTRAK
Memahami kesalahan akademik pada masa kini amatlah penting kerana trend menunjukkan bahawa penipuan akademik kian menular dan menjadi amalan yang diterima umum dikalangan pelajar. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa personaliti individu dapat membendung masalah ini. Begitu juga dengan polisi terhadap integriti akademik seperti penguatkuasaan peraturan akademik yang ketat terhadap amalan menipu mampu mengurangkan masalah ini. Walau bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan bahawa personalti individu dan polisi terhadap integriti akademik tidak dapat membantu mengurangkan aktiviti penipuan. Oleh kerana penemuan yang tidak konsisten daripada kajian terdahulu, kajian semasa ingin mengkaji kesan personaliti individu dan polisi terhadap integriti akademik terhadap amalan menipu di kalangan pelajar. Borang soal selidik telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dimana pelajar di sebuah universiti di Malaysia telah digunakan sebagai sampel. Harga diri dan tahap penguasaan individu telah digunakan sebagai proksi untuk personalti individu. Penemuan daripada kajian ini menunjukkan bahawa personaliti individu dan polisi terhadap integriti akademik mempunyai kesan yang ketara dalam mengurangkan penipuan akademik.
Kata Kunci : kesalahan akademik; amalan menipu; persekitaran akademik
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
2. IDENTIFYING UNIFORM CORROSION OF CARBON STEEL USING ELECTROCHEMICAL NOISE MEASUREMENT SHIRLEY ARVILLA ANDREW, KHAIDZIR HAMZAH & TAMMIE CHRISTY SAIBIN
ABSTRACT
In this study, the electrochemical noise (ECN) measurement technique was utilized to identify the uniform corrosion of carbon steels in the solutions of hydrochloric (HCl), sulphuric (H2SO4), sodium chloride (NaCl), sodium hydroxide (NaOH), potassium hydroxide (KOH) and calcium hydroxide (Ca(OH)2). ECN is the fluctuations of current and potential of a corroding system. The potential of electrochemical noise was measured between a working electrode and a reference electrode whereas the current of electrochemical noise was measured between two working electrodes in an electrochemical cell. The data from the measurements were statistically analyzed using time and frequency domains. The time domain analysis reveals the characteristics of a particular corrosion type. The frequency domain analysis estimates the power spectra at various frequencies and the statistical analysis calculates electrochemical noise parameters such as the mean, standard deviation, noise resistance (RN), coefficient of variation (CoV), characteristic charge (q) and corrosion current (Icorr). The results of the time domain analysis show that uniform corrosion only occurred in acidic solutions of HCl and H2SO4. The frequency domain analysis was found to be an unsuitable method to identify uniform corrosion in the corrosion system used. The statistical analysis shows that the corrosion rate was greater when using the solutions of HCl and H2SO4 compared to NaCl, NaOH, KOH and Ca (OH)2.
Keyword(s) : ECN, uniform corrosion, current, potential
ABSTRAK
Kaedah pengukuran hingar elektrokimia digunakan untuk menentukan hakisan seragam keluli karbon dalam larutan asid hidroklorik (HCl), asid sulfurik (H2SO4), natrium klorida (NaCl), natrium hidroksida (NaOH), kalium hidroksida (KOH) dan kalsium hidroksida (Ca(OH)2). Hingar elektrokimia adalah turun naik arus dan beza keupayaan dalam sistem yang sedang terhakis. Hingar elektrokimia beza keupayaan diukur antara satu elektrod sampel dan elektrod rujukan manakala hingar elektrokimia arus diukur antara dua elektrod sampel di dalam sel elektrokimia. Data yang diperolehi daripada pengukuruan dianalisis dengan merujuk kepada masa, frekuensi dan secara statistik. Penganalisisan masa menunjukkan ciri-ciri jenis hakisan. Penganalisisan frekuensi menganggarkan spektrum kuasa pada frekuensi berbeza dan penganalisisan statistik melibatkan pengiraan parameter hingar elektrokimia seperti min, sisihan piawai, rintangan hingar (RN), pemalar variasi (CoV), cas elektrik (q) dan arus hakisan (Icorr). Keputusan penganalisisan masa menunjukkan hakisan seragam hanya berlaku dalam larutan asid HCl dan H2SO4 sahaja. Penganalisisan spektum kuasa pada frekuensi berbeza bagi arus dan beza keupayaan pula didapati bukan kaedah yang sesuai untuk menentukan samada terdapat sebarang hakisan seragam dalam enam sistem hakisan tersebut. Keputusan penganalisisan statistik menunjukkan bahawa kadar hakisan adalah tinggi dalam larutan HCl dan H2SO4 berbanding dalam larutan NaCl, NaOH, KOH and Ca(OH)2.
Kata Kunci : Hingar elektrokimia, hakisan seragam, arus, beza keupayaan
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
ABSTRACT
C-axis oriented ZnO films were deposited on SiO2/Si substrates through RF magnetron sputtering, MSM UV photodetector using Ag/ZnO/Ag configuration were fabricated from the as prepared film while the heat treated film was used to fabricate MSM Schottky barrier UV photodetector using Al/ZnO/Ag configuration. The crystalline and optical quality of the film had improved after the heat treatment. It was found that the Schottky barrier heights as prepared and heat treated using Ag/ZnO interface was around 0.74 and 0.76 eV respectively. The leakage current was reduced from 18.6 mA to 0.6 µA at 5V after post deposition annealing when compared with that of as deposited ZnO.The Ag/ZnO/Ag configuration showed a faster decay time of 212 s.
Keyword(s) : Zinc Oxide; UV; Photodetector
ABSTRAK
Filem ZnO berorientasikan paksi-c telah dimendapkan keatas substrat SiO2/Si dengan kaedah percikan Magnetron RF. Penderia cahaya UV dengan konfigurasi Ag/ZnO/Ag telah digunakan untuk sampel filem ZnO asal manakala sampel film ZnO yang dirawat haba pula menggunakan konfigurasi Al/ZnO/Ag untuk menghasilkan penderia cahaya UV halangan Schottky. Kualiti Kristal dan optikal filem ZnO telah meningkat selepas rawatan haba. Didapati bahawa ketinggian halangan schottky pada sampel asal dan yang dirawat haba adalah pada 0.74 dan 0.76 masingmasing. Arus bocor telah menurun dari 18.6 mA pada 0.6 µA (voltaj 5V) selepas rawatan haba. Konfigurasi Ag/ZnO/Ag telah menunjukkan masa pereputan lebih pantas dengan nilai 212 s.
Kata Kunci : Zink Oksida; UV; Penderia Cahaya
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
4. TRANSMISSION OF COCONUT CADANG-CADANG VIROID OIL PALM VARIANTS TO OIL PALM TISSUE CULTURE PLANTLETS HENDRY JOSEPH, GANESAN VADAMALAI, SITI NOR AKMAR ABDULLAH, LAU WEI HONG, JOHN W. RANDLES & IDRIS ABU SEMAN
ABSTRACT
This study was conducted to transmit Coconut cadang-cadang viroid (CCCVd) variants to oil palm tissue culture plantlets. The source of inoculum was extracted by using the polyethylene glycol (PEG) extraction method from the leaflets of an oil palm with the orange spotting (OS) symptom and which has tested positive as a CCCVd oil palm variant. The concentration of leaf extract was adjusted to 20µg/ml and inoculated into 1 to 3-month-old plantlets with a high pressure injector. Six months after inoculation, the orange spotting symptom was observed on the leaflet of the plantlet. When subjected to dot blot assay, the sample hybridised with the CCCVd246 full-length complementary probe, indicating the presence of CCCVd-like RNAs in the inoculated plantlet. This suggests that the CCCVd oil palm variants have been successfully transmitted into the host. This study has demonstrated the effectiveness of using a high pressure injector in transmitting CCCVd oil palm variants and showed the potential of using oil palm tissue culture plantlet in pathogenicity studies due to benefits in terms of economies of time, space and labour.
Keyword(s) : CCCVd oil palm variants, oil palm tissue culture plantlet, high pressure injector
ABSTRAK
Satu kajian untuk menjangkitkan plantlet kultur tisu kelapa sawit dengan varian Coconut cadangcadang viroid (CCCVd) telah dijalankan. Inokulum diekstrak daripada daun kelapa sawit yang telah dikenalpasti positif CCCVd dengan simtom orange spotting (OS) menggunakan kaedah polyethylene glycol (PEG). Kepekatan ekstrak daun disesuaikan pada 20µg/ml dan disuntik ke plantlet yang berusia 1 ke 3 bulan menggunakan injektor bertekanan tinggi. Enam bulan kemudian, plantlet menunjukkan simtom orange spotting. Apabila diuji dengan dot blot assay didapati sampel berhibridisasi dengan prob CCCVd246 menunjukkan kehadiran RNA menyerupai CCCVd pada plantlet, seterusnya mencadangkan bahawa CCCVd varian kelapa sawit tersebut telah dipindahkan dengan jayanya di dalam hos. Kajian ini telah membuktikan keberkesanan injektor bertekanan tinggi untuk memindahkan CCCVd varian kelapa sawit dan menunjukkan potensi kultur tisu kelapa sawit dalam kajian patogenisiti kerana kelebihannya yang menjimatkan masa, ruang dan tenaga kerja.
Kata Kunci : CCCVd varian kelapa sawit, plantlet kultur tisu kelapa sawit, injektor bertekanan tinggi
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
5. IMPORTANT OF ADEQUATE LEGISLATION FROM THE PERSPECTIVE OF SOLID WASTEMANAGEMENT POLICY HAIDY HENRY DUSIM, MOHAMMAD TAHIR MAPA & JENNY @ JANEY MOSIKON
ABSTRACT
Most studies on sustainable solid waste management issues have been commonly focused on the technical perspective although studies also indicated that these issues are also strongly influenced by other aspects such as policy, social, economy, institutional and the environment. The aspect of policy plays an important role towards the sustainability of solid waste management, however studies focusing on analysing the solid waste management from the perspective of policy are still lacking. Therefore, the aim of this paper is to highlight the aspect of policy in the context of solid waste management specifically in the adequacy of the legislation. Previous studies have pointed out that adequate legislation plays an important factor towards influencing the aspect of policy in solid waste management as with the lack of adequate legislation, the policy may not be effective towards achieving sustainable solid waste management. In addition, previous studies may have not clearly explained the meaning of the term adequate legislation and the elements under adequate legislation. Therefore, the purpose of this paper is to explore the meaning of adequate legislation and to identify the important elements that make up an adequate legislation. Findings of this study have show that an adequate legislation refers to having comprehensive legislation and specific legislation. This study also discovers that comprehensive legislation and specific legislation is considered as the two important elements under the adequate legislation.
Keyword(s) : policy aspect; adequate legislation; comprehensive legislation; specific legislation
ABSTRAK
Kebanyakan kajian mengenai isu-isu pengurusan sisa pepejal yang mampan telah biasa memberi tumpuan kepada perspektif teknikal walaupun kajian juga menunjukkan bahawa isu-isu ini juga dipengaruhi oleh aspek-aspek lain seperti dasar, sosial, ekonomi, institusi dan alam sekitar. Aspek dasar memainkan peranan penting ke arah kemampanan pengurusan sisa pepejal, namun kajian memberi tumpuan kepada menganalisis pengurusan sisa pepejal daripada perspektif dasar masih kurang. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengetengahkan aspek dasar dalam konteks pengurusan sisa pepejal secara khusus dalam kecukupan undang-undang. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa undang-undang yang mencukupi memainkan faktor penting dalam mempengaruhi aspek dasar dalam pengurusan sisa pepejal dengan kekurangan undang-undang yang mencukupi, polisi ini mungkin tidak berkesan ke arah mencapai pengurusan sisa pepejal yang mapan. Di samping itu, kajian sebelum ini mungkin tidak menjelaskan makna perundangan yang mencukupi dan unsur-unsur di bawah undang-undang yang mencukupi. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka makna undang-undang yang mencukupi dan untuk mengenal pasti elemenelemen penting yang membentuk dasar yang mencukupi. Dapatan kajian ini adalah penting terutamanya dari segi panduan kepada kerajaan tempatan untuk menganalisis sama ada dasar pengurusan sisa pepejal sedia ada mempunyai undang-undang yang mencukupi. Oleh itu, maklumat ini boleh digunakan sebagai panduan kepada kerajaan tempatan ke arah membangunkan dasar pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan dan mampan.
Kata Kunci : aspek dasar; undang-undang yang mencukupi; undang-undang yang komprehensif; undang-undang tertentu
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
6. ANIMASI KEPENTINGAN POKOK TERHADAP ALAM SEKITAR BERASASKAN AUGMENTASI REALITI SITI AISHAH HANAWI, HAZLENAH HANAFIAH, NUR ZAKIAH SAAT, RUZZAKIAH JENAL & LEE SI TING
ABSTRACT
Augmented Reality (AR) is a new technology that uses a computer program for displaying virtual objects in the real world. Using AR in conveying information able to attract the public, especially the younger generation thus, this study discusses the development of animation about the importance of trees towards the environment based on AR technology. This animation is built for the purpose of delivering information on environmental issues through the planting of trees. Various types of multimedia elements such as text, graphics, animation and audio were integrated into the AR animation to enhance the effect of information delivery. Three dimensions animated objects were designed and developed according to the issues of the importance of trees in our lives. Adobe Flash Professional CS6 and Autodesk 3ds Max are two main softwares used in this study. This AR animation is function together with webcam and markers in AR Flip book. Users of this animation can gain new perception of the importance of trees and will appreciate more of the environment.
Keyword(s) : ironment; animation; augmented reality
ABSTRAK
Augmented Reality atau Augmentasi Realiti (AR) merupakan teknologi baru yang menggunakan program komputer bagi menampilkan objek maya dalam dunia realiti. Penggunaan AR dalam penyampaian informasi mampu menarik minat masyarakat terutama generasi muda. Justeru, kajian ini membincangkan mengenai penghasilan animasi kepentingan pokok terhadap alam sekitar yang berasaskan teknologi AR. Animasi ini dibina untuk menyampaikan maklumat mengenai isu penjagaan alam sekitar melalui penanaman pokok. Pelbagai unsur multimedia seperti teks, grafik dan audio diintegrasi ke dalam animasi AR untuk meningkatkan kesan penyampaian maklumat. Objek animasi tiga dimensi direka bentuk dan dibangun berdasarkan isu kepentingan pokok di dalam kehidupan. Dua perisian utama yang digunakan adalah Adobe Flash Professional CS6 dan Autodesk 3ds Max. Animasi AR ini dikendalikan bersama dengan kamera web serta penanda dalam buku Flip AR. Pengguna animasi ini boleh menimba persepsi baru tentang kepentingan pokok dan nilai murni mencintai alam sekitar.
Kata Kunci : alam sekitar; animasi; augmentasi realiti
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
7. KAJIAN RINTIS KE ATAS SIKAP PENGGUNA BUKAN ISLAM TERHADAP PRODUK MAKANAN HALAL DAYANG HARYANI DIANA AG. DAMIT, AMRAN HARUN, HALIM AHMAD
ABSTRACT
This pilot study aimed to assess factors such as consumer’s lifestyle, consumer perception of product quality and past purchase experiences that can influence non-Muslims consumer attitudes toward Halal food products. Using random sampling method, a total of 134 respondents consisted nonMuslim consumers from around Kota Kinabalu were selected for this study. The survey questionnaire include 17 items and distributed to the respondents. Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20.0 was used to analyze the data. Additionaly, SmartPLS 3.0 was also utilized in this pilot study in order to perform construct validity analysis and hypothesis testing. At the end of this article, the researchers suggest several conclusions and recommendation for future research.
Keyword(s) : Attitude, lifestyle, past purchase experience, perceived product quality, non-Muslim consumers, Halal food product
ABSTRAK
Kajian rintis ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor seperti cara hidup pengguna, persepsi pengguna terhadap kualiti produk dan pengalaman pembelian lalu yang boleh mempengaruhi sikap pengguna bukan Islam terhadap produk makanan Halal. Dengan menggunakan metod pensampelan rawak, seramai 134 orang responden dari kalangan pengguna bukan Islam di sekitar kawasan Kota Kinabalu telah terlibat didalam kajian rintis ini. Set soal selidik mengandungi 17 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan kekerapan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Disamping itu, perisian SmartPLS 3.0 turut digunakan untuk analisa pengesahan konstruk dan analisa pengujian hipotesis kajian yang telah ditetapkan. Di akhir artikel ini, penyelidik mengemukakan beberapa kesimpulan tentang kajian rintis ini dan kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
Kata Kunci : Sikap, cara hidup, pengalaman pembelian lalu, persepsi kualiti produk, pengguna bukan Islam, produk makanan Halal
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)
ABSTRACT
-
Keyword(s) : -
ABSTRAK
Maqasid Syariah ataupun Objektif Syariah merupakan komponen penting Syariah Islam bagi memastikan setiap hukum syarak yang dikeluarkan oleh ulama menepati kehendak Syariah itu sendiri iaitu untuk mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan bagi manusia. Pengabaian elemen Maqasid Syariah dalam penentuan hukum boleh menyebabkan sesuatu hukum itu jauh dari semangat Syariah. Zakat merupakan ibadat harta yang wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mencukupi syarat-syaratnya. Harta zakat yang dikumpul itu hendaklah diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya iaitu golongan asnaf yang lapan sebagaimana digariskan dalam Surah al-Taubah ayat 60 iaitu fakir, miskin,`amil, muallaf, riqab, gharimin, fi sabilillah dan ibn sabil. Kertas kerja ini memfokuskan perbincangan mengenai pemberian zakat kepada golongan bukan Islam samada sebagai asnaf fakir, miskin ataupun mualaf. Terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama mazhab mengenai hukum pemberian zakat kepada mereka. Justeru Maqasid Syariah wajar diaplikasikan dan diterapkan dalam proses mengeluarkan hukum yang paling sesuai dalam isu ini berdasarkan dalil dan faktor suasana semasa. Kaedah perbandingan dilakukan terhadap pandangan ulama khususnya dari empat mazhab fiqah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Secara umumnya, memberi zakat kepada bukan Islam hukumnya adalah harus dengan mengambil kira beberapa syarat-syarat yang tertentu bagi memastikan hukum keharusan ini benar-benar menepati Maqasid Syariah.
Kata Kunci : maqasid syariah, pemberian zakat, bukan Islam
Full Text -> (Please disable popup blocker in your browser)